Sunday, 17 April 2016
ILMU
Bahawa ilmu itu sangat berguna
Ada ia di mana-mana di seluruh pelusuk dunia
Di udara di laut di bumi di langit ia bertakhta
Di negeri Melayu atau di China atau di Barat juga di timur
Ilmu
Simpanan kita dunia dan akhirat
Harta yang kekal abadi sehingga mati
Nilainya bukan berlian segenggam
Juga bukan emas berbongkah
Ilmu,
Jika dicari dengan hati yang sabar juga minda yang cekap
Jika dicari dengan jiwa yang ikhlas
Bertambahlah cerdik akal dan fikiran manusia
Nanti boleh dibawa bekal
Untuk belayar ke segenap pelusuk dunia
Mengenal erti dunia sebenar
Dunia yang kejam penuh dengan kejian
Yang kadang-kadang pujian juga turut menjadi kejian
Bawalah ilmu untuk benda yang benar
Untuk kita menuju ke tempat kita yang abadi
Iaitu syurga Allah
(ZIERA,2016)
Tuesday, 12 April 2016
UNGU DAN UNIK
12.4.2016
Ujian kelayakan calon guru ? ya saya berjaya menduduki ujian tersebut. Sedar tak sedar setahun dah berlalu. Jika tahun lepas saya menjalani ujian tersebut, tahun ini saya dapat lihat calon baharu menjalani ujian tersebut.
***
Malam sebelum menduduki ujian tersebut, kehilangan benda yang sangat berharga mula mengecewakan aku. Kehilangan apa? Saya kehilangan sekeping dokumen yang sangat berharga iaitu sijil kelahiran. Semangat mula patah bila baca syarat untuk menduduki UKCG ialah perlu membawa sijil kelahiran yang asli. Tanpa berfikir panjang, malam tersebut saya ke pejabat polis untuk melaporkan kehilangn sijil tersebut dan menggunakan surat laporan polis itu sebagai tiket untuk masuk ke dewan peperiksaan psikologi. Alhamdulillah aku dibenarkan masuk. Terima kasih encik yang baik hati. hehehehehe.... Kalau encik tak benarkan masuk. Mungkin sekarang saya tidak belajar disini. May Allah blessed you mister :)
(ZIERA,2016)
Subscribe to:
Posts (Atom)