DEFINISI KONSEP MORAL
Pengenalan
Terdapat pelbagai pendapat yang
bertentangan dalam menerangkan konsep
moral. Pemahaman konsep asas
moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang
guru. Seseorang guru moral perlu dilengkapi
dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai
sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan
perlakuan murid-murid. Pengetahuan dan
kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga akan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam
penyampaian nilai-nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep
asas moral, kita pastinya mengaitkannya
dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami
konsep-konsep yang saling berkaitan ini
untuk mencari pengertian moral dalam
kehidupan sesebuah masyarakat.
1.0 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut
meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita
memahami konsep-konsep ini yang saling
berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan
sesebuah masyarakat.
1.1 Konsep Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada
perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku
yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral
merupakan nilai-nilai murni seperti baik
hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan
seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan,
undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya
ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak
mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi
comel itu balik ke rumah dan membelanya
tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa
undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai
polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang
ditentukan.
Contoh kedua, Nora terjumpa dompet
kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh
menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora
seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut.
Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat
demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan
orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya
lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu
meringankan bebanan orang lain.
|
Latihan 1.0
Cuba uji kefahaman anda
dengan menyiapkan latihan berikut:
|
Bayangkan anda berada di perhentian
bas yang sibuk. Beri lima contoh
perlakuan moral dan lima contoh perlakuan tidak moral yang mungkin anda dapat
lihat di sana.
Tingkah
Laku Moral
|
Tingkah
Laku Tidak Moral
|
1. beratur semasa menaiki bas
2.
3.
4.
5.
|
1. bertolak-tolakkan semasa
menaiki bas
2.
3.
4.
|
Rumusannya
‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti
dan sifat peribadi mulia. Peraturan
komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan
pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan
sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan
masyarakat yang baik. Oleh itu insan
moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi
peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan
menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.
1.2 Konsep Etika
Etika berasal daripada perkataan
Yunani ethos yang bermaksud
adat atau cara hidup. Konsep ini
merupakan sains atau kajian
tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral,
tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa
dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin
kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman
dan sebagainya .
Contoh
1
Seorang guru kaunseling telah menceritakan
keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan
sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga
pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik
beradik pelajar itu seramai dua puluh lima
orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga
yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau
sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau
maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di
sekolah.
|
Latihan 1.1
Cuba uji kefahaman anda
dengan menyiapkan latihan berikut:
|
Mengapakah Etika Keguruan diwujudkan ?
i.
Jika tiada Etika Keguruan apakah yang
akan berlaku dengan profesion perguruan ?
i.
Tentunya Etika Keguruan banyak
membantu guru dalam menjaga taraf profesionalisme keguruan !
Berikut ialah contoh amalan naratif
dalam pelbagai profesion. Anda diminta mengisi ruang kosong di bawah dengan
contoh-contoh positif dalam profesion yang anda pilih
Amalan Etika Negatif/
Positif dalam pelbagai Profesion
|
Amalan Etika Negatif
Kedoktoran
|
Keguruan
|
Ketenteraan
|
Polis
|
1. Kecuaian
Jepun-seorang doktor dengan tidak sengaja menyuntik cecair berzat
di dalam peparu seorang pesakit dan menyebabkan pesakit tersebut mati akibat
penyakit peparu
|
1. Tidak profesional
Petaling Jaya- seorang pensyarah universiti yang berumur 34 tahun
telah dibunuh kerana disyaki terbabit dalam kes menjalinkan hubungan sulit
dengan seorang bekas pelajarnya
|
1. Tidak mempunyai sikap
taat kepada negara / membelot negara sendiri
Kangsar, Perak – Peralatan senjata sebanyak satu trak telah
dicuri keluar dari kem tentera kerana terdapat ahli tentera yang terbabit
dalam kes ini.
|
1. Tidak profesional
Seremban – seorang anggota polis telah ditangkap kerana terbabit
dalam kes mencabuli seorang amah Indonesia semasa ditahan di lokap.
|
2. Kecuaian
Ipoh, Perak – seorang suri
rumah berumur 32 tahun menuduh seorang doktor yang membantunya bersalin dii
sebuah hospital swasta kerana telah
menarik keluar ususnya ketika proses membersihkan plasentanya.
|
2. Tidak profesional
Amerika – seorang guru wanita ditangkap kerana terbabit dalam kes
mencabuli kehormatan kanak-kanak dalam laman web.
|
2. Menipu/ tamak
Kuala Lumpur – seorang bekas tentera disyaki terbabit dalam skim
cepat kaya kerana beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli 17
buah kereta mewah.
|
2. Tidak berperikemanusiaan
Negeri Sembilan – seorang polis pelatih telah menembak mati
seorang rakannya yang berumur 22 tahun di asrama pusat polis selepas
bertengkar berhubung dengan teman wanita
|
Amalan Etika Positif
Kedoktoran
|
Keguruan
|
Ketenteraan
|
Polis
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.3 Konsep Akhlak
Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak
dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana
kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan
takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong
seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang
itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua
perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak
membahayakan kesihatan dan menjadi punca
maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di
samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan
dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga.
Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong
manusia mencuri, menipu dan membunuh.
Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum
arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali
sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.
Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:
i)
memelihara
kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii)
punca
maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii)
memelihara
keselamatan dan kesejahteraan negara
iv)
memelihara
diri dan masyarakat daripada sikap malas
v)
dapat
memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat
Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam
majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik
kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak
sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada
dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya
akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis
manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.
Syabas ! Anda sudah habis
membaca tentang tiga konsep asas moral.
|
Renungi
kata-kata hikmah berikut:
|
- Laughing
at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's can
shorten it.
- Tuhan
manciptakan kita 2 biji mata untuk melihat, 2 belah tangan untuk memegang,
2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati
kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia.
Aktiviti 1
Isikan butir-butir yang
bersesuaian dalam bentuk pengurusan grafik berikut.
Konsep
Asas Moral
|
Maksud
|
Contoh Menjelaskan Konsep
|
Moral
|
|
|
Etika
|
|
|
Akhlak
|
|
|
Aktiviti 2
Berikan tiga
persamaan dan tiga perbezaan antara tiga konsep asas moral (Etika, Moral dan
Akhlak)
Sediakan jawapan anda
dalam bentuk pengurusan grafik / carta.
1.4 Moral, Etika dan Akhlak Dari Perspektif Agama
dan Kepercayaan
Seterusnya mari kita renungkan
petikan di bawah:
Dorothy Emmet (1966) menyatakan bahawa nilai moral bukan sesuatu
yang wujud tersendiri dan terperinci dalam
satu kekosongan. Pada tahun
1979, beliau mengatakan bahawa manusia
bergantung atas beberapa
peraturan, adat,
kebiasaan masyarakat dan agama
yang menolong
mereka dengan lebih mudah
membuat jangkaan tentang
cara tingkah
laku orang lain. James Hemming(1980) menyatakan bahawa peraturan-
peraturan masyarakat
mestilah dilihat sebagai
fakta-fakta kehidupan
sosial, sebagai prinsip-prinsip yang
perlu dalam pergaulan dan kelakuan
terhadap orang
lain dan perhubungan antara manusia.
(Koo, K.P. &
Tang C.Y, 1990)
PENGERTIAN
MORAL
·
Bull N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri
tidak tahu apa itu “kemoralan”. Oleh itu, sebelum kita mulakan segala
perbincangan tentang kemoralan dan pendidikan moral, kita perlu mendefinisikan
perkataan “moral” dan “kemoralan”, serta istilah-istilah yang banyak berkaitan
dengan moral, seperti “etika” dan “nilai”; dan seterusnya mengetahui apa itu
“etika moral” dan “nilai moral”.
·
Etika
(ethics): Etika
berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “ethos”
yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaaan dan budi pekerti.
·
Moral: Berasal
daripada perkataan Latin “mores” yang membawa maksud erti yang sama dengan
etika.
·
Etika
boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan
yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial
dan cirri-ciri kehidupan yang baik (Grassin, V.1981).
·
Definisi
“nilai”: Nilai
dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat pertamanya
dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik
dan keduanya dari segi kualiti yang intrinsik
iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara “dalaman”atau dalam pemikiran kita.
·
CONTOHNYA (intrinsik): Seseorang kanak-kanak yang
diajar tentang nilai bersopan santun akan bertutur dengan cara yang bersopan
dan berkelakuan baik, hanya jika kanak-kanak itu dapat memahami dan menghayati
nilai yang dipelajarinya. Perlakuan kanak-kanak itu boleh dinilai berdasarkan
perlakuan dan pertuturannya.
·
Ciri-ciri
nilai: boleh dilihat, dipertimbang, dirasai dan berubah
dari semasa ke semasa.
·
Fungsi nilai dalam masyarakat
dan agama – memberi rangsangan terhadap sesuatu situasi dan menghadkan
perlakuan seseorang.
·
Ashmore, R. B. (1987):
Kemoralan (morality): Satu
instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan
kecil dalam kehidupan mereka. Kemoralan adalah sesuatu dari luaran individu,
diterapkan ke dalam diri sehingga menjadi tabiat sendiri. Proses ini dipanggil “internalization”.
·
Proses
Internalization/interiorized: Kemoralan ialah sesuatu dari luaran individu dan
dikenakan terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu sehingga menjadi
tabiat (habits). Matlamat dan peraturan ini akan menjadi internalized.
·
Proses “internalized” ini mungkin agak kurang
rasional, tetapi ia memang biasa untuk kemoralan dipupuk ke dalam individu
dengan sekurang-kurangnya digunakan sebagai alasan semasa hendak memberikan
keterangan bagi perkara-perkara moral.
·
Kepentingan
pendidikan moral: Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.
·
Implikasi
pengajaran pendidikan moral: dapat melahirkan insan yang mulia.
KONSEP MORAL DI MALAYSIA
- Di Malaysia seseorang itu
akan dianggap sebagai bermoral jika dia mematuhi undang-undang dan
peraturan masyarakat.
- Undang-undang tertinggi
di Malaysia ialah
perlembagaan Malaysia
dan menjadi panduan kepada rakyat termasuk rukun negara dan wawasan 2020.
Rukun
negara: Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia
telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun
selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.
·
Matlamat
rukun negara: mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup
demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil.
·
Prinsip-prinsip
rukun negara: Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja
dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan
kesusilaan.
·
Prinsip
ke lima: (Prinsip
yang berkaitan dengan moral)Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan
bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian
seseorang individu.
- Fikirkan
bagaimana anda dapat mengaplikasi setiap prinsip rukun negara???
Wawasan 2020: Merupakan
satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah
negara maju pada tahun 2020. Terdapat 9 cabaran digariskan dalam wawasan 2020
ini. Namun cabaran ke 4 adalah yang berkaitan dengan moral iaitu:
·
Mewujudkan sebuah
negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, di mana warganegaranya
berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan
disertai dengan budi yang luhur.