Tuesday, 2 August 2016

DEFINISI MORAL

DEFINISI KONSEP MORAL

Pengenalan
Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep  moral.  Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.  Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid-murid.  Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga akan  memperkukuhkan  kefahaman dan pendekatan guru dalam penyampaian nilai-nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya  dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami konsep-konsep yang saling  berkaitan ini untuk mencari pengertian  moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
1.0   Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak.  Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling  berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1  Konsep Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataanmores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni  seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik  ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya  setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.
Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu.  Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya.  Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya  tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.
Latihan 1.0
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:


Bayangkan anda berada di perhentian bas yang sibuk.  Beri lima contoh perlakuan moral dan lima contoh perlakuan tidak moral yang mungkin anda dapat lihat di sana.

Tingkah Laku Moral

Tingkah Laku Tidak Moral
  1. beratur semasa menaiki bas

  2.

  3.
  4.

  5.
   1. bertolak-tolakkan semasa 
       menaiki  bas
   2.


   3.

   4.
  
Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia.  Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling.  Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.  Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.
1.2       Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang  bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini  merupakan  sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .
Contoh 1
Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima  orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
Latihan 1.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:


Mengapakah Etika Keguruan diwujudkan ?

i.


ii.


iii.


Jika tiada Etika Keguruan apakah yang akan berlaku dengan profesion perguruan ?
i.


ii.

iii.                                                                                                                                   


Tentunya Etika Keguruan banyak membantu guru dalam menjaga taraf profesionalisme keguruan !
Berikut ialah contoh amalan naratif dalam pelbagai profesion. Anda diminta mengisi ruang kosong di bawah dengan contoh-contoh positif dalam profesion yang anda pilih 



Amalan Etika Negatif/ Positif dalam pelbagai Profesion
Amalan Etika Negatif

Kedoktoran
Keguruan
Ketenteraan
Polis

1. Kecuaian
Jepun-seorang doktor dengan tidak sengaja menyuntik cecair berzat di dalam peparu seorang pesakit dan menyebabkan pesakit tersebut mati akibat penyakit peparu

1. Tidak profesional
Petaling Jaya- seorang pensyarah universiti yang berumur 34 tahun telah dibunuh kerana disyaki terbabit dalam kes menjalinkan hubungan sulit dengan seorang bekas pelajarnya

1. Tidak mempunyai sikap taat kepada negara / membelot negara sendiri
Kangsar, Perak – Peralatan senjata sebanyak satu trak telah dicuri keluar dari kem tentera kerana terdapat ahli tentera yang terbabit dalam kes ini.

1. Tidak profesional
Seremban – seorang anggota polis telah ditangkap kerana terbabit dalam kes mencabuli seorang amah Indonesia semasa ditahan di lokap.




2.  Kecuaian
Ipoh, Perak – seorang suri rumah berumur 32 tahun menuduh seorang doktor yang membantunya bersalin dii sebuah  hospital swasta kerana telah menarik keluar ususnya ketika proses membersihkan plasentanya.

2.  Tidak profesional
Amerika – seorang guru wanita ditangkap kerana terbabit dalam kes mencabuli kehormatan kanak-kanak dalam laman web.

2.  Menipu/ tamak
Kuala Lumpur – seorang bekas tentera disyaki terbabit dalam skim cepat kaya kerana beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli 17 buah kereta mewah.

2. Tidak berperikemanusiaan
Negeri Sembilan – seorang polis pelatih telah menembak mati seorang rakannya yang berumur 22 tahun di asrama pusat polis selepas bertengkar berhubung dengan teman wanita





Amalan Etika Positif
Kedoktoran
Keguruan
Ketenteraan
Polis



























1.3       Konsep Akhlak
Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan  konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.  Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi  punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:

i)              memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii)             punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii)            memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv)           memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v)            dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa.  Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya  masyarakat setempat. 
Syabas ! Anda sudah habis membaca tentang tiga konsep asas moral. 
Renungi kata-kata hikmah berikut:

  • Laughing at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's can shorten it.
  • Tuhan manciptakan kita 2 biji mata untuk melihat, 2 belah tangan untuk memegang, 2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia.



Aktiviti 1 
                                                                                                                                   
Isikan butir-butir yang bersesuaian dalam bentuk pengurusan grafik berikut.

Konsep Asas Moral
Maksud
Contoh Menjelaskan Konsep

Moral





Etika





Akhlak







Aktiviti 2

Berikan tiga persamaan dan tiga perbezaan antara tiga konsep asas moral (Etika, Moral dan Akhlak)

Sediakan jawapan anda dalam bentuk pengurusan grafik / carta.

1.4   Moral, Etika dan Akhlak Dari Perspektif Agama dan Kepercayaan
          Seterusnya mari kita renungkan petikan di bawah:

 
                    Dorothy Emmet (1966) menyatakan bahawa nilai moral bukan   sesuatu
 yang wujud tersendiri dan terperinci dalam satu kekosongan. Pada tahun
1979, beliau mengatakan bahawa  manusia  bergantung  atas  beberapa
peraturan,  adat,  kebiasaan   masyarakat dan   agama  yang  menolong
mereka dengan  lebih mudah  membuat  jangkaan tentang cara  tingkah
laku orang lain. James Hemming(1980) menyatakan bahawa peraturan-
peraturan  masyarakat  mestilah  dilihat  sebagai  fakta-fakta  kehidupan
sosial, sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan
                                 terhadap orang lain dan perhubungan antara manusia.
(Koo, K.P. & Tang C.Y, 1990)

PENGERTIAN MORAL
Etika, Nilai dan Moral

·         Bull N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri tidak tahu apa itu “kemoralan”. Oleh itu, sebelum kita mulakan segala perbincangan tentang kemoralan dan pendidikan moral, kita perlu mendefinisikan perkataan “moral” dan “kemoralan”, serta istilah-istilah yang banyak berkaitan dengan moral, seperti “etika” dan “nilai”; dan seterusnya mengetahui apa itu “etika moral” dan “nilai moral”.

·         Etika (ethics): Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaaan dan budi pekerti.

·         Moral: Berasal daripada perkataan Latin “mores” yang membawa maksud erti yang sama dengan etika.

·         Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri kehidupan yang baik (Grassin, V.1981).

·         Definisi “nilai”: Nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan keduanya dari segi kualiti yang intrinsik iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara “dalaman”atau dalam pemikiran kita.

·         CONTOHNYA (intrinsik): Seseorang kanak-kanak yang diajar tentang nilai bersopan santun akan bertutur dengan cara yang bersopan dan berkelakuan baik, hanya jika kanak-kanak itu dapat memahami dan menghayati nilai yang dipelajarinya. Perlakuan kanak-kanak itu boleh dinilai berdasarkan perlakuan dan pertuturannya.

·         Ciri-ciri nilai: boleh dilihat, dipertimbang, dirasai dan berubah dari semasa ke semasa.

·         Fungsi nilai dalam masyarakat dan agama – memberi rangsangan terhadap sesuatu situasi dan menghadkan perlakuan seseorang.

·         Ashmore, R. B. (1987): Kemoralan (morality): Satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Kemoralan adalah sesuatu dari luaran individu, diterapkan ke dalam diri sehingga menjadi tabiat sendiri. Proses ini dipanggil “internalization”.

·         Proses Internalization/interiorized: Kemoralan ialah sesuatu dari luaran individu dan dikenakan terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu sehingga menjadi tabiat (habits). Matlamat dan peraturan ini akan menjadi internalized.

·         Proses “internalized” ini mungkin agak kurang rasional, tetapi ia memang biasa untuk kemoralan dipupuk ke dalam individu dengan sekurang-kurangnya digunakan sebagai alasan semasa hendak memberikan keterangan bagi perkara-perkara moral.

·         Kepentingan pendidikan moral: Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

·         Implikasi pengajaran pendidikan moral: dapat melahirkan insan yang mulia.

KONSEP MORAL DI MALAYSIA
  • Di Malaysia seseorang itu akan dianggap sebagai bermoral jika dia mematuhi undang-undang dan peraturan masyarakat.
  • Undang-undang tertinggi di Malaysia ialah perlembagaan Malaysia dan menjadi panduan kepada rakyat termasuk rukun negara dan wawasan 2020.
Rukun negara: Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
·         Matlamat rukun negara: mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil.
·         Prinsip-prinsip rukun negara: Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.
·         Prinsip ke lima: (Prinsip yang berkaitan dengan moral)Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

  • Fikirkan bagaimana anda dapat mengaplikasi setiap prinsip rukun negara???
Wawasan 2020: Merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Terdapat 9 cabaran digariskan dalam wawasan 2020 ini. Namun cabaran ke 4 adalah yang berkaitan dengan moral iaitu:
·         Mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, di mana warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi yang luhur.


No comments:

Post a Comment