Mencari redha Allah itu umpama mencari sebutir berlian yang ditimbun berjuta pasir. Kadang-kadang seseorang itu hanya selangkah untuk berjaya, tetapi disebabkan putus asa, dia terpaksa melangkah ke belakang semula kerana cepat putus asa. Untuk mencari redha Allah itu bukan mudah, tetapi bukan juga sukar. Cuma semuanya bermula dari hati. Kadang- kadang manusia itu sendiri yang lupa hidup di dunia ni cuma untuk mencari bekalan :)
TUHANKU
Tuhanku,
Aku mohon
Kau simpankan ruang untukku dalam syurga-Mu
Kau titipkan satu perasaan dalam hatiku agar tidak lalai dengan duniaku
Kau tiupkan satu semangat untuk ragaku hidup dalam redhaMu
Kau kubur semua perasaan riak takburku
Kau benamkan semua nafsu jahatku
Kau tutuplah telingaku dari hasutan segala yang bisa menjauhkan diriku dari diriMu
Kau jentiklah hatiku apabila aku tergelumang dalam dosa
Kau cubitlah jiwaku jika aku mula jauh tersasar
Kau ketuklah hatiku bila hatiku mula tertutup untuk jalanMu
Kau buka kanlah mataku jika ia mulai terpejam memandang agamaKu
Kau tutuplah mulutku jika ia mula menjauhkan diriku dari diriMu
No comments:
Post a Comment