TAJUK 3
|
KONSEP ASAS NILAI
|
Pengenalan
Berikutnya pula
kita akan membincangkan Sistem Nilai (konsep dan jenis-jenis nilai) dan Teori
Etika. Kefahaman perbezaan jenis nilai memberikan penjelasan tentang pegangan
nilai antara individu, peraturan-peraturan
yang termaktub atau nilai-nilai sejagat. Teori etika pula akan membantu
pelajar melihat perbezaan pandangan manusia dalam membuat penilaian
tindakan masing-masing daripada pelbagai
asas teori.
3.1 Pernyataan Normatif
Sebelum
kita mulakan tajuk ini, sila rujuk buku Pendidikan Moral oleh
Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), Bab 1.
Individu yang bermoral harusnya
memegang kepada konsep baik, benar dan patut. Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar
Anda patut berkelakuan baik
Anda patut makan makanan
berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik
dan patut dilakukan
Sesuatu
tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan
tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan
benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah
mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang berbeza.
![]() |
Untuk
direnung:
|
Dalam konteks
kematian pasangan Laleh dan Laden, kembar Iran yang popular, telah mencetuskan
soal pendebatan moral dalam etika dunia perubatan. Moral ialah pertimbangan sama ada sesuatu
perbuatan atau perlakuan itu salah atau sebaliknya. Etika pula sama ada sesuatu perbuatan itu
adil atau tidak. Secara ringkasnya kes itu menjurus kepada persoalan patut atau
tidak patut berdasarkan kepada moral dan etika. Pelbagai tanggapan telah
dibuat, Walaubagaimanapun kes ini boleh
dilihat dari 4 petak. Petak pertama bermoral dan beretika. Petak kedua bermoral tetapi tidak beretika.Petak ketiga
tidak bermoral tetapi beretika. Petak keempat ialah tidak bermoral dan tidak
beretika
![]() |
Latihan 3.1
Cuba uji kefahaman anda
dengan menyiapkan latihan berikut:
Anda pilih petak yang
mana? Apakah pendapat anda? Jawab
latihan berikut untuk menguji kefahaman anda.
|
Aktiviti 1
Isikan bentuk pengurusan grafik berikut.
Situasi/Amalan Harian
|
Tindakan Yang Baik
|
Tindakan Yang Benar
|
Tindakan Yang Patut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti 2
Berikan contoh dan kesan kalau
kita amalkan tindakan berikut.
Tindakan Yang.........
|
Contoh
|
Kesan
|
Baik
|
|
|
Tidak Baik
|
|
|
Benar
|
|
|
Tidak Benar
|
|
|
Patut
|
|
|
Tidak patut
|
|
|
3.2 Jenis-Jenis Nilai
Nilai merupakan
standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai
merupakan kriteria bagi kita
mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi)
sebagai baik, berfaedah, diingini, atau sebaliknya iaitu buruk, tidak
berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)
Menilai sesuatu
dengan perkataan, baik, buruk, cantik
dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks
dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai
kegunaan nilai:
·
Nilai instrumental
(ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik.
·
Nilai subjektif
berbanding nilai objektif.
·
Nilai relatif berbanding
nilai mutlak (absolute).
3.2.1 Nilai
Instrumental (Ekstrinsik) berbanding Nilai Intrinsik
Nilai-nilai
ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.
Nilai Instrumental (Ekstrinsik)
|
Nilai Intrinsik
|
·
Kualiti yang diterima
atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.
·
Bergantung pada nilai
lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
·
Nilai peringkat kedua,
misalnya berani, rajin dan hormat menghormati.
Contoh:
Dia berpura-pura rajin
di depan ibunya untuk mengambil hati
ibunya.
Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai
lain (rajin) untuk mencapai matlamatnya.
|
· Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk
tanpa mengambil kira kesannya.
· Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
· Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.
· Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih saying, keadilan.
Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara
kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan.
Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai
lain untuk mencapai matlamat.
|
3.2.2 Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif
Nilai Subjektif
|
Nilai Objektif
|
|
· Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan
peribadi.
· Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui
oleh semua atau kebanyakan orang.
|
3.2.3 Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute
Nilai Relatif
|
Nilai Mutlak (Absolute)
|
|
|
![]() |
Latihan 3.2
Cuba uji kefahaman anda
dengan menyiapkan latihan berikut
|
Aktiviti 1
Untuk setiap jenis nilai, berikan satu contoh bagi menjelaskan nilai yang dibincangkan
JENIS NILAI
|
CONTOH
|
Instrumental
|
|
Instrinsik
|
|
Objektif
|
|
Subjektif
|
|
Mutlak
|
|
Relatif
|
|
Aktiviti 2.
Berikan satu situasi yang sesuai untuk
kita gunakan nilai-nilai berikut:
Jenis Nilai
|
Situasi Yang Sesuai
Untuk Menggunakan
|
1. Instrumental
|
|
2. Instrinsik
|
|
3. Objektif
|
|
4. Subjektif
|
|
5. Mutlak
|
|
6. Relatif
|
|
3.3 Konsep Nilai Merentas
Kurikulum
Semua nilai baik sama ada yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, atau mana-mana mata
pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya menyelitkan nilai murni untuk
dijadikan panduan hidup murid.
Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata
pelajaran KBSR dan KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas
kurikulum. Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan
ke dalam setiap mata pelajaran. Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan.
Matlamat penerapan nilai-nilai
murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan dan juga warganegara
yang baik serta memiliki akhlak mulia. Antara objektif yang hendak dicapai
menerusinya ialah:
- Menanam
kesedaran, kefahaman, keyakinan diri dan juga kesyukuran.
- Menanam
semangat cinta akan nilai suci
- Menghormati
kebaikan dan membenci keburukan
- Membentuk
sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu
menjalankan tugas dan tanggungjawab.
- Menghapuskan
sikap negatif dalam kehidupan
- Menjalankan
tugas dengan dedikasi
- Melatih
diri dengan displin
- Meningkatkan
hasil atau produktiviti
- Berusaha
dan mencapai kecemerlangan
(Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990,hal.25)
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak sekolah
untuk memupuk nilai kepada murid-muridnya. Contohnya guru matematik boleh
menyelitkan nilai murni seperti kejujuran, keadilan, hormat pelanggan, semasa
menyampaikan topik ukuran berat dan panjang. Guru boleh mengaitkan cerita
tentang peniaga yang berjaya dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya
terhadap kejujurannya menimbang dan mengukur barangan yang dijual.
Selain itu sekolah haruslah mengaplikasikan nilai murni dalam rutin bilik
darjah, luar bilik darjah, kurikulum dan majlis-majlis sekolah. Contohnya ada
sekolah yang tandasnya mesra pelanggan iaitu sama taraf dengan tandas hotel
ternama. Mengapakah sekolah tersebut mampu mempunyai kualiti tandas yang
sedemikian hebat sedangkan kebanyakan sekolah menghadapi masalah mengekalkan
tandas dalam keadaan bersih. Siapakah yang harus diberikan pujian dan apakah
kaitannya dengan nilai merentas kurikulum?
Dalam majlis-majlis di sekolah seperti perhimpunan, murid perlu berdiri
tegak semasa lagu kebangsaan dinyanyikan. Begitu juga mereka perlu
berdisiplin sepanjang tempoh perhimpunan
dengan tingkah laku yang telah ditetapkan. Bagaimana budaya sekolah berupaya
memupuk nilai murni ke dalam diri pelajar?
Rumusannya, penerapan nilai merentas kurikulum perlu dilakukan secara
berstruktur dan bersungguh-sungguh kerana penghayatan nilai murni tidak akan
berlaku secara kebetulan. Semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk
menentukan kejayaan konsep ini. Sesungguhnya pengaruh nilai dalam
pembangunan masyarakat dan negara amat penting dalam merealisasikan
Wawasan 2020.
Rumusan
1. Nilai adalah ukuran atau piawai
yang ditetapkan oleh seseorang untuk
mengukur sesuatu.
2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan
semua nilai bersifat moral.
3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai
ciri dan
fungsi tertentu.
4. Baik, benar dan patut merupakan
ciri-ciri yang diperlukan bagi Insan Bermoral
5. Dalam masyarakat majmuk, konsep baik,
benar dan patut diamalkan dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang
individu seperti agama dan adat
6. Peraturan dan pegangan prinsip moral
seseorang akan menentukan bagaimana dia menghayati konsep baik, benar dan
patut.
![]() |
Senarai
buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
|
Bacaan Asas
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral teori etika dan amalan moral.
Serdang: Penerbit UPM.
Abdul Rahman Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral: siri pendidikan. Kuala
Lumpur: Longman
Malaysia Sdn Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Tam, Y.K. (1996). Pendidikan Moral
1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994).
Pendidikan Moral. Petaling Jaya :
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Hena
Mukherjee et al. (1992 ). Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo, K.P.
& Tang, C.Y. (1990). Pendidikan
Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory
and contemporary issues. USA:
Wadsworth Publishing
Company.
No comments:
Post a Comment